Posts

Showing posts from December, 2021

WELCOME TO OUR BLOG

Image
  KPF 3012 - PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : FALSAFAH DAN DASAR TAJUK : KURIKULUM SEBAGAI WAHANA MENTERJEMAH FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DISEDIAKAN OLEH : BIL. NAMA NO. MATRIK 1. RENIE GUNI D20211099176   2. EZATUL SHAKILA BINTI MD SHAFIE D20211099876   3. NUR AIDA BINTI OTHMAN D20211099862 4. NUR FATIHAH NATASHA BINTI RAZANI  D20211099177 5. NURUL ZAKIAH BINTI MOHD ALI D20211099846   6. ROZIELA BINTI LOJAMIN D20211099175  7. SITI SARIMAH BINTI ARIS D20211099174   DISEMAK OLEH : PROFESOR DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN

PENGENALAN KURIKULUM

Image
Kurikulum berasal daripada perkataan Latin iaitu Curere yang bermaksud laluan manakala dalam Bahasa Inggeris, kurikulum bermaksud jelmaan atau metamorfosis.        Dalam Bahasa Arab, kurikulum disebut Minhaj atau Manhaj yang terbit dari kata dasar anhaja iaitu bermaksud jurusan, bidang, atau fakulti. Kurikulum mempunyai pelbagai pengertian yang dilihat dari pelbagai sudut dan skop mengikut konteks bilik darjah dan pengisian kepada Pendidikan Negara. Walaubagaimanapun, umumnya kurikulum ialah suatu rancangan pendidikan yang mengandungi segala nilai, ilmu pengetahuan, kemahiran, dan norma serta unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan daripada satu generasi ke generasi yang seterusnya dalam sesuatu masyarakat atau negara.       Menurut Ishak Ramly (2003), kurikulum merangkumi semua pengalaman yang didapati di dalam dan luar sekolah serta perkara yang diajarkan di sekolah dan bilik darjah....

MATLAMAT PENDIDIKAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Image
MATLAMAT PENDIDIKAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA       1.       Membangunkan bangsa Malaysia yang bersifat taat setia dan bersatu padu       2.       Melahirkan warga Malaysia yang berilmu, beriman, berakhlak mulia, berketerampilan dan sejahtera       3.       Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan pembangunan negara       4.       Menyediakan peluang-peluang pendidikan yang sama bagi semua warganegara Malaysia

ANALISIS PERUBAHAN SISTEM PENDIDIKAN UNTUK MENCAPAI HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Image
     Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan satu hala tuju, dasar serta panduan dalam usaha mengembangkan dan memajukan sistem pendidikan di Malaysia. Kita sedia maklum bahawa sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak perubahan berdasarkan era tertentu bermula daripada era masyarakat Melayu Tradisional yang bercorakkan pendidikan agama, penglipur lara, pendidikan tidak formal serta pendidikan istana telah berkembang dengan pesatnya apabila British menjajah Tanah Melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana british telah memperkenalkan sistem pendidikan formal dengan penubuhan sekolah-sekolah vernakular seperti sekolah melayu, sekolah inggeris, sekolah cina dan sekolah india dimana setiapnya berasaskan kurikulum yang dibawa oleh negara asal mereka.        Perkara ini mewujudkan jurang yang amat ketara diantara kaum sehinggalah wujud satu kesedaran dalam kalangan pemimpin betapa pentingnya kewujudan satu sistem pendidikan yang mempunyai kurik...

KURIKULUM STANDARD KEBANGSAAN KE ARAH MENTERJEMAHKAN HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Image
        Kurikulum adalah terjemahan falsafah pendidikan. Tanpa falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu   adalah tanpa asas. Hala tuju kurikulum adalah bergantung kepada falsafah pendidikan. Matlamat FPK iaitu untuk melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Ia juga bermatlamat untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut: Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.                           i.             Berilmu pengetahuan                          ii.             Memupuk perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum                        iii.   ...

PERANAN KURIKULUM TIDAK FORMAL KE ARAH MENCAPAI MATLAMAT PENDIDIKAN MALAYSIA

Image
           Pendidikan tidak rasmi merujuk kepada sistem pendidikan yang tidak dikendalikan dan ditaja oleh negara. Ia tidak membawa kepada sebarang pensijilan dan tidak berstruktur atau berdasarkan kelas. Sebagai contoh, seorang bapa yang memberikan pelajaran kepada anaknya untuk membuatnya mahir dalam perniagaan milik keluarga adalah contoh pendidikan tidak formal. Oleh itu, pendidikan tidak formal adalah suatu sistem atau proses yang menyampaikan kemahiran atau pengetahuan yang tidak formal. Pendidikan tidak formal ini adalah penting untuk mencapai matlamat pendidikan negara kerana perkara ini berkait antara satu sama lain.       Tanpa kita sedari, kita sebenarnya banyak berdepan dengan pendidikan tidak formal ini. Sebagai contoh, apabila berada di rumah, kita dididik untuk menghulurkan bantuan sekiranya ahli keluarga memerlukan pertolongan. Melalui didikan ini, kita sebenarnya sedang belajar untuk menjadi seorang individu yang bertanggun...

THANK YOU SO MUCH

Image