KURIKULUM STANDARD KEBANGSAAN KE ARAH MENTERJEMAHKAN HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)


       Kurikulum adalah terjemahan falsafah pendidikan. Tanpa falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu  adalah tanpa asas. Hala tuju kurikulum adalah bergantung kepada falsafah pendidikan. Matlamat FPK iaitu untuk melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Ia juga bermatlamat untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:

Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

                         i.            Berilmu pengetahuan

                        ii.            Memupuk perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum

                      iii.            Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu

                       iv.            Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat,agama, dan negara

                        v.            Berakhlak mulia

                       vi.            Percaya dan patuh kepada Tuhan

   Peranan kurikulum kebangsaan sebagai cara untuk mencapai hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan mewujudkan serta mengadaptasikan komponen komponen kurikulum didalam kurikulum kebangsaan. Dengan cara menerapkan tiga komponen utama dalam kurikulum kebangsaan seperti kandungan, kaedah dan penilaian seterusnya akan dapat merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan generasi yang memenuhi aspek-aspek  FPK. Komponen kurikulum iaitu :

     (a)   Kandungan

Kandungan kurikulum yang mempunyai pengisian terhadap apa yang sepatutnya murid- murid pelajari untuk mencapai matlamat pendidikan itu sendiri. kandungan pengisian pendidikan mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran, nilai, kebudayaan, kepercayaan.

            Contoh tiga kandungan pengisian yang berbeza mengikut tahap :

                                i.            KSPK

                              ii.            KSSR

                            iii.            KSSM

     (b)   Kaedah

Pengalaman dan pembelajaran yang disusun untuk kegunaan berkesan dalam erti kata lain suatu kaedah yang berkesan sebagai usaha mengupayakan murid-murid menguasai kandungan yang diajarkan kepada mereka.

Contoh kaedah pembelajaran :

                                i.            Bercerita

                              ii.            Demostrasi

                            iii.            Lawatan

                            iv.            Perbincangan

     (c)   Penilaian

Kaedah penilaian yang boleh digunakan untuk menentukan pencapaian objektif adalah menentukan sejauh mana objektif yang telah dibentuk tercapai. Penilaian boleh dilakukan dengan berbagai kaedah untuk mendapatkan bukti keberkesanan pembelajaran serta pencapaian objektif yang telah dinyatakan. Maklumat yang diperolehi daripada proses penilaian boleh digunakan untuk menambah baik kurikulum berkenaan. Tujuan penilaian adalah untuk memastikan kurikulum yang dibentuk dan dilaksanakan sentiasa dikemaskini bagi memenuhi keperluan semasa yang akan datang. Penilaian juga memastikan sama ada komponen penting kurikulum diteruskan, diganti atau dibaiki dengan kurikulum yang baru. Contohnya, perubahan peperiksaan (PMR) kepada pentaksiran (PT3). Kurikulum Kebangsaan merupakan elemen yang sangat penting dalam merialisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana ia sangat berkait rapat antara satu sama lain dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi iaitu seimbang dari segala aspek. 

 

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN KURIKULUM TIDAK FORMAL KE ARAH MENCAPAI MATLAMAT PENDIDIKAN MALAYSIA

ANALISIS PERUBAHAN SISTEM PENDIDIKAN UNTUK MENCAPAI HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN