PERANAN KURIKULUM TIDAK FORMAL KE ARAH MENCAPAI MATLAMAT PENDIDIKAN MALAYSIA
Pendidikan tidak rasmi merujuk kepada sistem pendidikan yang tidak dikendalikan dan ditaja oleh negara. Ia tidak membawa kepada sebarang pensijilan dan tidak berstruktur atau berdasarkan kelas. Sebagai contoh, seorang bapa yang memberikan pelajaran kepada anaknya untuk membuatnya mahir dalam perniagaan milik keluarga adalah contoh pendidikan tidak formal. Oleh itu, pendidikan tidak formal adalah suatu sistem atau proses yang menyampaikan kemahiran atau pengetahuan yang tidak formal. Pendidikan tidak formal ini adalah penting untuk mencapai matlamat pendidikan negara kerana perkara ini berkait antara satu sama lain. Tanpa kita sedari, kita sebenarnya banyak berdepan dengan pendidikan tidak formal ini. Sebagai contoh, apabila berada di rumah, kita dididik untuk menghulurkan bantuan sekiranya ahli keluarga memerlukan pertolongan. Melalui didikan ini, kita sebenarnya sedang belajar untuk menjadi seorang individu yang bertanggun...
Comments
Post a Comment