PERANAN KURIKULUM TIDAK FORMAL KE ARAH MENCAPAI MATLAMAT PENDIDIKAN MALAYSIA
Pendidikan tidak rasmi merujuk kepada sistem
pendidikan yang tidak dikendalikan dan ditaja oleh negara. Ia tidak membawa
kepada sebarang pensijilan dan tidak berstruktur atau berdasarkan kelas.
Sebagai contoh, seorang bapa yang memberikan pelajaran kepada anaknya untuk
membuatnya mahir dalam perniagaan milik keluarga adalah contoh pendidikan tidak
formal. Oleh itu, pendidikan tidak formal adalah suatu sistem atau proses yang
menyampaikan kemahiran atau pengetahuan yang tidak formal. Pendidikan tidak
formal ini adalah penting untuk mencapai matlamat pendidikan negara kerana
perkara ini berkait antara satu sama lain.
Tanpa
kita sedari, kita sebenarnya banyak berdepan dengan pendidikan tidak formal
ini. Sebagai contoh, apabila berada di rumah, kita dididik untuk menghulurkan
bantuan sekiranya ahli keluarga memerlukan pertolongan. Melalui didikan ini,
kita sebenarnya sedang belajar untuk menjadi seorang individu yang
bertanggungjawab. Salah satu matlamat pendidikan negara adalah untuk
melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajipannya
sebagai seorang warganegara. Pendidikan tidak formal seperti ini dapat
membentuk elemen penting dalam diri seseorang individu untuk mencapai matlamat
Pendidikan Malaysia.
Seterusnya
adalah melalui pergaulan kita setiap
hari. Malaysia adalah negara yang penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum
dan agama. Melalui pergaulan dengan masyarakat pelbagai kaum dan agama seperti
ini, kita dapat belajar untuk memahami antara satu sama lain dan seterusnya
melahirkan suasana yang harmoni dengan masyarakat. Hal ini adalah selaras
dengan matlamat pendidikan negara iaitu untuk melahirkan rakyat yang memahami
serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi demi
mewujudkan perpaduan rakyat berbilang kaum. Kesimpulannya, pendidikan tidak
formal ini adalah penting ke arah mencapai matlamat pendidikan Malaysia.
Comments
Post a Comment