PENGENALAN KURIKULUM
Kurikulum berasal daripada perkataan Latin iaitu Curere yang bermaksud laluan manakala dalam Bahasa Inggeris, kurikulum bermaksud jelmaan atau metamorfosis.
Dalam Bahasa Arab, kurikulum disebut
Minhaj atau Manhaj yang terbit dari kata dasar anhaja iaitu bermaksud jurusan,
bidang, atau fakulti. Kurikulum mempunyai pelbagai pengertian yang
dilihat dari pelbagai sudut dan skop mengikut konteks bilik darjah dan
pengisian kepada Pendidikan Negara. Walaubagaimanapun, umumnya kurikulum
ialah suatu rancangan pendidikan yang mengandungi segala nilai, ilmu
pengetahuan, kemahiran, dan norma serta unsur kebudayaan dan kepercayaan yang
menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan daripada satu generasi ke generasi
yang seterusnya dalam sesuatu masyarakat atau negara.
Menurut Ishak Ramly (2003), kurikulum
merangkumi semua pengalaman yang didapati di dalam dan luar sekolah serta
perkara yang diajarkan di sekolah dan bilik darjah. Beliau turut mengelaskan
kurikulum kepada tiga bahagian iaitu kurikulum sebagai program yang dirancang
dan dilaksanakan di sekolah, kurikulum sebagai program yang dirancang dan
dilaksanakan secara praktikal di dalam kelas serta kurikulum adalah pengisian
sepanjang hayat bagi membudayakan ilmu dan pengalaman individu ataupun
berkumpulan.
Comments
Post a Comment